Monday, 21 March 2016

Coconut Monster

The Legendary Coconut Monster

Selak punya selak kat web terjumpa laa picture nih ..huh nih kira kancil drag legend, rekod kat sepang awal 12 s kekal sejak lebih kurang 5 tahun lepas hingga sekarang, takde yg dapat pecah rekod timing 400m kete nih kat Sepang Drag Battle.

Sedikit sebanyak info pasal machine nih , kete ni Ujang AMN Maju Auto (dulu NS Drag) yang bikin time tuh wshop kat Senawang , Negeri Sembilan, yang best nye kete nih pakai tube frame ..memandangkan asik punah jek body2 yg lain sebelom body nih. Tube frame nih made in Malaysia lah bukan import ek ...harap maklum ..sampai skang body nih still ok ,,, kukuh jek ,,cuma kalo nak pakai body nih tak banyak event laa bleh join memandangkan banyak event semua nak body on the road.

Nak tau pasal spec ...dari mata kasar ape yang nampak and seingat aku masa kete ni kat wshop ujang ...engine daihatsu l200 , blok 1000t , engine management haltech, gearbox gtti rojak , turbine tak sure plak , cam kelford and macam2 lagi laa...kalo nak tahu lebih lanjut leh tanye ujang trus hehe ....

Adakah kete nih akan beraksi semula ....? kita tunggu jek ,,,ehhe,,,mana tau body nih masuk engine EVO ke ,,,vtec tebo ke ...yg bleh jawab ujang sorang jek hehe ...

Keicar4Life
Fitri @ red_k



Coconut Monster in action at Sepang Drag Battle:-

K-Car Monster

Paka Turbo Garage L2 1000t 350+hp Drag machine

402m Drag 12s Region Club member, BDT, Lee Paka Turbo Garage by Lizard Speed, congrats for the new achievement 350+hp L2 1000t Haltech .. awesome ...keep up the good work guys.


Bye Bye Lambo





That what we call power to weight ratio..

Sound nice but bad for turbo


Perodua Convert enjin Daihatsu YRV

Convert Enjin Daihatsu YRV ke Perodua


Pertanyaan yang diajukan
Ifwat bro, leh tak wat post tentang enjin yrv ni? sbb aku tengok kelisa kalu masuk yrv ni mmg TIPTOP!
Jawapan kami..
Thanks bertanya.. Sebenarnya saya bukan pomen enjin pun.. Nak jawab tu tak pandai nak terangkan. Tapi saya cuba berikan sedikit maklumat macam kat bawah ni..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Convert Enjin Daihatsu YRV ke Perodua
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
First kena ambil tahu dulu serba sedikit dengan Daihatsu YRV dulu
Daihatsu YRV
Production Daihatsu YRV bermula sekitar 2000-2005 dalam bentuk mini MPV. YRV bermaksud (Young Recreational Vehicle) atau Kenderaan rekreasi untuk muda mudi. Enjin ni lebih kurang dengan enjin perodua myvi tapi YRV ni dilengkapi dengan sistem turbo.Ia juga dikenali sebagai K3-Vet kod enjin K3VET (LA-M201G) 1298cc dengan 4 Silinder in line 16V intercoler Turbo. 


Sebenarnya terdapat 2 versi iaitu Turbo dan NA,
a)YRV Turbo(k3vet) - 4PK 1720
b)YRV Na (k3ve) - 4PK 1755

Versi Turbo dengan transmisi automatik dan option Tiptronik ( tukar gear dengan butang +/- dekat stereng bermaksud enjin ini campuran auto dan manual, menjadikan penukaran gear lebih cepat dari manual. Untuk versi turbo batang gear terletak kat stereng (macam lori) hanya versi turbo RS yang menempatkan gear ditempat biasa..

Kalau pandai cari dapat lah halfcut untuk YRV ni budget dalam lingkunga RM5500-6500..Semenjak jepun dilanda tsunami tempoh hari harga halfcut agak melambung tinggi... Dulu YRV rasanye halfcut boleh dapat dalam RM4500 jer.. 
Tentang endorse JPJ hanya yang 1.0 jer lepas nak masuk puspakom. kalau viva,myvi,kelisa 1.0 memang terbaik tak ada masalah kalau asal enjin kereta kita 1000 cc diupgrade kepada 1300 cc ..Tetapi kalau enjin asal kereta kita 660 atau 850 naik terus ker 1300 memang confirm tak lepas..

Upgrade sistem brek adalah keutamaan.. kita kene pastikan sistem brek,suspension dan chasis tu berpadanan dgn kemampuan enjin... Tak guna kerete laju tapi brek kantoi..satu lagi sistem brek menjadi peranan penting dlm keselamatan dan element utama utk pegawai puspakom nk luluskan time inspection/endorse._______________________________
Ok kat bawah ni contoh-contoh Modifikasi enjin YRV niSebenarnya sekarang ni halfcut YRV ramai yang cari untuk di modifide masuk paling senang kat Kelisa dan Kenari.kerana tak banyak modifikasi yang harus dilakukan.Ia juga boleh dimasukkan ke body Myvi dan Viva.Ada juga yang memasukkan YRV ni ke dalam kancil dan Kembara.

YRV masuk kancil.. Memang confirm tidak lepas endorse JPJ..
Rasanya gear box kena tukar dan kena modified mounting jadi mounting biasa..
_______________________________

YRV ni paling senang nak masuk kat Kelisa. kalau Kelisa 1.0 kemudian nak upgrade 1.3 lepas boleh endorse JPJ.
YRV mounting besar sikit. Tapi ada jugak yang guna original engine mounting kelisa je. kaki screw mounting semua sama ..._______________________________


Sama juga YRV ni pun senang nak masuk kat Kenari..
Enjin YRV boleh masuk terus ke kelisa/kenari, mounting tak payah ubah..
_______________________________

Kalau Viva 850 tak lepas endorse JPJ.. kalau viva, 1.0 boleh lepas endorse JPJlahh..
Sepertimana yang korang tau YRV mounting point dia kat subframe, tapi viva kat chasis so kalau nak masuk kena buat custom la bracket mounting.
_______________________________

kalau MYVIi mounting memang tidak ngam.. kerana mounting MYVI adalah berlainan.. mounting MYVI rasanya macam kat atas.. MYVI convert YRV tidak memakai subframe, sebab MYVI memang tak ada subframe,
Cuma saya tak tau nak buat camner, jangan tanya tau..
_______________________________

kalau tengok gambar atas ni Alza tersebut pakai enjin K3 VET 1.3 turbo tiptronic engine. cuma input berkenaan pemasangan enjin tersebut saya tak pasti..

Lagi satu benda yang saya tertarik nak cakap iaitu bodypart YRV budak-budak yang pakai kenari suka kacuk menjadi kenari Move YRV.. 
Contohnya Dashboard YRV tu diorang masukkan kat kenari.._______________________________
Dashboard YRV pada kenari


Kebanyakan diorang potong dashboard YRV.. ditrim pada sebelah tepi
Ubahsuai kaki pada konsol tengah dan Kaki pada stering diubah, kemudian cuba try masukkan dashboard rapat ngam-ngam..
_______________________________
PESANAN KAMI..
Menjadi satu kesalahan bagi pemilik kenderaan yang membuat pengubahsuaian terutama pada enjin tanpa kebenaran JPJ dan akan dikenakan tindakan. “Bagi mengelakkan tindakan diambil, pemilik kenderaan diminta supaya sebelum menukar enjin, berurusan dengan JPJ dan membuat permohonan terlebih dahulu bagi memastikan pengubahsuaian itu dilakukan mengikut piawaian ditetapkan,"Awas Kereta Anda Boleh Disita….

Viva Modified

Perodua VIVA Modified

Hai All, jom kita tengok model-model perodua viva yang dah di modifield, sebagai peminat kereta..aku ni teruja sangat bila tengok model viva turbo yang ada kat jalan-jalan,lebuh-lebuhraya kat malaysia ni..
nampak je kecil tapi bila dah di modifield boleh tahan jugak dia punya kuasa tu hahaha.. jom-jom kita layan